Perkenalan antara aku dan dirinya sungguh di luar dugaanku.Ceritanya bermula di sebuah kem PLKN di PUSAT BINA SEMANGAT YPJ,SEKAKAP,MERSING.Sekarang bermula la episod cinta kami.
27 Mei 2010, hari tu wira wirawati Charlie tengah tunggu bas nak pergi latihan menembak dekat Kluang. Mase 2 rase macam bertahun nak tunggu bas datang amik ktowg. Semua da kebosanan dOk menunggu bas yang x tibe2. Aku yang kebosanan duduk kat tepi dewan makan smbil makan coklat.
Tibe2 datang la sorang mamat ni berdiri di depan aku dan hanya tersenyum tanpa berkata apa2. Kali kedua dia datang di depan aku dan menegur diri ini lalu berkata :
"makan sorang je kew? nak sikit?" aku pun jawab la "nak ke? nah, amik la" dia balas "eh xpela, saje je, makan la" aku yang boleh dikatekan pemalu dengan lelaki tibe2 boleh jadi peramah dengan dia.Camne ntah bole de mood nk berbual ngan dia.
Aku tanya la "awak company pe?" dia jawab " saya company Charlie, saya Piee. awak xpnh dengar ke nama saya kt dlm company?" sungguh x sangke yang dia satu company dengan aku n mase 2 dia da duduk sebelah aku. Aku tersengeh jela sbb aku mmg x ramah dengan budak lelaki n x penah nk amik kisah pn lelaki kat kem tu.Aku pn kenalkan la diri "saya Natasha..yke?saya x knl la awak."
Bile aku berbual dengan dia bagaikan aku n dia da lame kenal.Padahal baru beberapa minit kami berbual.
Lepas tu, kami pn berbual2 la lagi psl diri masing2. Dan paling x sangke yang dia 1 sekolah dengan sepupu aku yang dekat Kota Tinggi. Sungguh x sangke kecil betul dunia ini. Kami berbual, berbual sampai la bas datang jemput kami.
Aku igatkan selepas ari 2 kami xkan jmpe lagi da tp entah cmne selepas tu kami asyik terserempak je. Satu ari 2 kami dapat fon n mlm 2 dia mnx no fon aku. Start daripada mlm 2 la kami berhubung. Macam2 yang kami da kongsikan bersama n aku dapat rase yang kami semakin rapat. Mule2 igatkan kami hanya berkawan tp hari demi hari perasan 2 da berubah.
Setiap pertemuan 2 pasti akan ade perpisahan kan. Hari2 terakhir di kem kami berjumpe seblum tamatnya latihan kami kat kem. Hati rase sayu sgt2 cz terpakse bpisah n merasekan yang pertemuan ni terlalu singkat. Disebabkan aku kumpulan yang terakhir yang sampai kat kem pada ari pertama kami daftar masuk kem maka aku balek lambat sehari dari dia.
Malam sebelum dia balek aku menangis. Aku takot bile memikirkan yang kami x kan dpt jmpe g n akan terputus hubungan.
Aku xdpt nk tahan air mate bile tgk dia nk balek. Hati ni rase berat sangat nak melepaskan dirinya. Ya Allah betapa tersentuhnya hati ni bile dia menyapu air mate yang mule jatuh ke pipi sambil berkate " da la jangan nangis k. jangan la nangis." berulan-ulang kali dia menyebutnya sebab aku x henti2 m'nangis.
Betapa aku tersentuh dengan pujukannya. Hanya tuhan saje yg twu. Sebelum dia naek bas dia pesan " belajar t jage diri baek2, jangan lupe solat." mase 2 hati aku lagi la bertambah sedih n sayu ble mndengarkan kata2 dia dengan suaranya yang begitu lembut n memang rase xnk lepaskan dia pergi. Tapi apakan daya.
Bile aku lihat dia naek bas n pergi meninggalkan aku makin sedih . Aku menangis bagaikan itu adalah pertemuan kami yg terakhir. Aku melihat dia sampailah bayang2 bas tidak lagi kelihatan.
Rupa2nye jodoh antara kami masih kuat. Kami masih berhubung lagi slps tamat kem n akhirnya memutuskan utk menjadi sepasang kekasih. Hati gembira x terkate apabila mnerima lamaran sebagai kekasih hatinya.
Alhamdulillah, perhubungan kami masih kekal sampai sekarang n kami mengharapkan utk kekal bersame selame-lamenya. Amin. Aku juga berharap segala dugaan yang menimpa ke atas percintaan kami akan kami hadapi bersama dengan tabah n hanye maut yang akan memisahkan kami.
Dan sesungguhnya, aku tidak akan melupakan detik perkenalan kami yang pertama n memori2 indah yang kami lalui di kem PLKN. Ianya akan sentiasa tersemat dihatiku.
Begitu la alkisahnya "CINTA PANTAI SEKAKAP" antara 2 insan iaitu Mohd Shafie Abdul Razak & Natasha Ainna Kamasuddin yang pada awalnya hanyalah sebagai hubungan persahabatan lalu bertukar kepada hubungan percintaan.
Sekian.wasalam.
0 comments:
Post a Comment